Cari:
Presiden Xi Ucap Selamat Tahun Baharu Cina
2014-01-30 18:36:25 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh warga China, termasuk Hong Kong, Macau dan Taiwan serta orang Cina dan perantau China di seluruh dunia.

Beliau berkata, "Tahun Baharu Cina bukan sahaja merupakan pesta tradisional bangsa Cina di negara ini, malah disambut oleh masyarakat Cina di seluruh dunia. Saya mengucapkan selamat tahun baharu kepada seluruh rakyat China termasuk di Hong Kong, Macau dan Taiwan serta orang Cina dan perantau China di seluruh dunia. Semoga semua rakyat sihat walafiat, dan berbahagia di samping keluarga serta memperoleh apa yang dihasratkan. Saya juga berharap seluruh rakyat dapat terus mengambil semangat ketekunan dan kegigihan seperti yang digambarkan melalui kuda, iaitu lambang bagi tahun ini, serta terus berganding bahu dalam perjuangan. Semoga negara kita makmur, dan kehidupan rakyat pelbagai etnik lebih sejahtera."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China