Sempena Tahun Baharu Cina 2014, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengucapkan selamat tahun baharu kepada rakyat China melalui video dalam laman sesawang rasmi PBB.
Ban berkata, PBB bertuah kerana dapat bekerjasama dengan rakyat China mengenai isu bersama termasuk keamanan, pembangunan dan hak asasi manusia. Beliau turut mengucapkan terima kasih atas komitmen dan sumbangan rakyat negara ini.
Ban akhirnya berucap dalam bahasa Mandarin, berharap semoga semua rakyat China dapat mencapai matlamat yang diingini dan bertambah maju pada "tahun kuda".