Cari:
Pemimpin Pelbagai Negara Utus Ucapan Selamat Tahun Baharu
2014-01-31 14:59:42 CRI Cetak

Pemimpin pelbagai negara di seluruh dunia masing-masing mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada orang Cina dan perantau China di negara masing-masing.

Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma menghantar mesej Tahun Baharu Cina dalam dwibahasa, iaitu bahasa Cina dan Inggeris melalui pejabat Presiden kepada Kedutaan Besar China di negara itu. Beliau menyatakan, rakyat Afrika Selatan menghargai peranan komuniti Cina di negara itu, khususnya pelaburan perusahaan China dan peluang pekerjaan yang diwujudkan melalui pelaburan tersebut yang turut membantu memperbaiki kehidupan rakyat Afrika Selatan.

Beliau menyeru masyarakat Cina di Afrika Selatan melihat penciptaan peluang pekerjaan sebagai matlamat sendiri. Tambah beliau, pencapaian matlamat itu memerlukan semangat dan keberanian seperti yang digambarkan melalui kuda, iaitu lambang bagi tahun ini.

Presiden Brazil, Dilma Rousseff turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada seluruh rakyat China dan perantau China yang bermastautin di Brazil melalui Persatuan Orang Cina dan Perantau China Brasilia.

Rousseff dalam perutusannya menyatakan, beliau menyampaikan salam yang tulus ikhlas kepada semua warga China dan keturunan Cina di seluruh dunia, khususnya yang menetap di Brazil. Beliau berharap Brazil dan China terus memperkasakan hubungan persahabatan, serta dalam bidang ekonomi, politik dan budaya pada tahun baharu ini.

Perdana Menteri Britain, David Cameron‎ dalam perutusannya menyampaikan penghormatan kepada komuniti Cina yang memberikan sumbangan besar kepada Britain. Beliau berharap warga China di seberang laut dan masyarakat Cina merayakan Tahun Baharu dengan gembira, serta mendoakan mereka terus bertuah, bahagia dan maju.

Tambah beliau, pelbagai aktiviti sempena perayaan Tahun Baharu Cina juga membolehkan rakyat Britain memahami kebudayaan China yang pelbagai dan dinamik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China