Presiden AS, Barack Obama dan rakyat negara itu mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat China serta masyarakat Cina dan perantau China di seluruh dunia dan berharap mereka sihat serta memperoleh apa yang dihasratkan.
Ucapan beliau disampaikan melalui Setiausaha Negara AS, John Kerry semalam, yang turut berharap agar tahun baharu dapat membuahkan kerjasama yang lebih mendalam bagi mencapai matlamat bersama.
Tegas beliau, sebagai negara besar di Lautan Pasifik, AS sangat komited untuk memperkasakan perkongsian di rantau Asia Pasifik.
Ini merupakan kali kedua Kerry menyampaikan ucapan Tahun Baharu Cina selepas menyandang jawatan Setiausaha Negara AS. Dalam pada itu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, Perdana Menteri Britain, David Cameron‎, Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma, Perdana Menteri Danmark, Helle Thorning-Schmidt, dan Perdana Menteri Portugis, Pedro Passos Coellho masing-masing mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat China serta masyarakat Cina di seluruh dunia.