Hari pertama Tahun Kuda yang jatuh pada 31 Januari menarik ramai pelancong ke pelbagai kawasan peranginan utama China.
Taman Hiburan Shijingshan
Dimaklumkan, 21 kawasan peranginan di Beijing menerima seramai 275 ribu orang pelancong. Antaranya, Kuil Lama Yonghegong yang dikunjungi 66 ribu pelancong, manakala Taman Hiburan Shijingshan menerima kunjungan 45 ribu orang.
Kuil Yonghegong
Di bahagian selatan China, pelbagai kawasan peranginan di Shanghai mempromosikan aktiviti bertemakan tradisi sambutan tahun baharu dan Tahun Pelancongan Bijak 2014. Menara Televisyen Mutiara Timur menerima 17 ribu orang pelancong, dan Taman Abad (Century Park) menerima 6,600 orang pelancong, meningkat 160% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Selain itu, provinsi Guangdong dan kawasan peranginan Sungai Li, bandar Guilin masing-masing menerima 2.6 juta dan 1,600 orang pelancong, masing-masing meningkat 30% dan lebih 156% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Sungai Li, bandar Guizhou