Menurut statistik jabatan kereta api China, seramai 102.3 juta orang penumpang menggunakan kereta api sejak musim pengangkutan puncak sempena sambutan Tahun Baharu Cina dalam 17 hari lalu. Angka tersebut meningkat kira-kira 13 juta berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu.