Anggota Suruhanjaya Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin, Hanan Ashrawi semalam menyatakan bahawa cadangan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengenai kehadiran pasukan tentera NATO menggantikan pasukan tentera Israel di bakal negara Palestin, selaras dengan kepentingan kedua-dua pihak Palestin dan Israel.
Mahmoud Abbas ketika diwawancara oleh media A.S. pada 2 Februari lalu menyatakan bahawa Palestin bersedia untuk menerima kehadiran pasukan tentera NATO yang diketuai oleh A.S. menggantikan pasukan tentera Israel untuk menjaga keselamatan Palestin "tanpa batas waktu".
Pada waktu yang sama, Jurucakap Hamas, Abu Zuhri pula menyatakan Hamas tidak bersetuju dengan cadangan Abbas tersebut, sebaliknya cadangan tersebut dianggap menjejaskan kedaulatan negara Palestin.