Cari:
Pasaran Pelancongan China Rancak Sempena TBC
2014-02-10 15:00:36 CRI Cetak

(bazar kuil di Taman Ditan)

Beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai rakyat China memilih untuk melancong ketika menyambut Tahun Baharu Cina (TBC). Berdasarkan statistik Jabatan Pentadbiran Pelancongan Negara, 231 juta orang pelancong melawat China dalam tempoh percutian TBC ini, meningkat 14% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Manakala, jumlah pelancong ke luar negara mengikuti rombongan mencecah 4.725 juta orang, meningkat lebih 18%. Beberapa destinasi pelancongan di luar negara mementingkan pasaran China yang dinamik, dan turut memberikan kemudahan dalam aspek pengurusan visa kepada pelancong China.

(bazar kuil di Taman Ditan)

China kaya dengan sumber pelancongan. Pulau Hainan di selatan dan kawasan timur laut yang diliputi ais dan salji menjadi tumpuan pelancongan sempena TBC ini.

(bazar kuil di Taman Ditan)

Selain itu, TBC juga merupakan masa untuk mempamerkan kebudayaan tradisional China. Miaohui, iaitu bazar kuil di pelbagai tempat menarik ramai pengunjung. Bazar kuil yang paling besar di Beijing iaitu di Taman Ditan menerima kunjungan seramai 1.14 juta orang, meningkat 11.4% berbanding masa yang sama tahun lalu. Puan Rendon dari Washington menikmati persembahan adat resam tradisional Beijing sambil menjamu selera dengan tanghulu (buah haw bersalut gula yang dicucuk pada bilah buluh, rupanya seperti sate). Kata beliau,

"Persembahan ini amat menarik. Kebanyakannya mempamerkan budaya yang berkaitan dengan TBC dan aktiviti hiburan sempena perayaan ini. Sedapnya tanghulu! Saya tidak pernah makannya sebelum ini, ia dibuat daripada buah ceri atau tomato? Sedap sekali!"

Dalam aspek pelancongan ke luar negara, ramai orang China memilih untuk melancong bersama keluarga mereka. Antaranya, mereka yang berusia antara 35 hingga 45 tahun yang paling ramai melancong ke negara asing. Pulau-pulau seperti Phuket, Bali, Jeju dan Boracay adalah destinasi yang paling digemari pelancong. Ketua Akademi Pelancongan China, Dai Bin berkata,

"Jumlah pelancong ke luar negara pada tahun kuda ini meningkat pesat. Ramai orang berkumpul semula dengan keluarga dan melancong bersama-sama pada musim cuti TBC ini."

Banyak agensi pelancongan asing amat mementingkan pasaran pelancongan China yang semakin berkembang. Visa ke Kanada telah dinaiktarafkan sempena TBC ini. Selain bayaran pengurusan visa dikurangkan, visa beberapa kali masuk yang sah laku untuk sepuluh tahun turut ditawarkan. Menurut Kementerian Keselamatan Awam China, sebanyak 45 buah negara termasuk Thailand dan Iran menyediakan perkhidmatan bebas visa kepada pemegang visa biasa China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China