Pejabat Pesurujaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR) semalam mengumumkan 915 ribu penduduk Syria telah melarikan diri ke Lubnan setakat ini.
Menurut laporan media rasmi Syria, pelaksanaan gencatan senjata buat sementara waktu membolehkan kumpulan ketiga seramai 460 orang penduduk awam dibawa keluar dari bandar Homs yang mengalami pertempuran semalam. Kebanyakan mereka ialah wanita, kanak-kanak dan warga tua.