Cari:
Kerry: DPRK Tidak Boleh Diterima Sebagai Kuasa Nuklear
2014-02-14 11:49:59 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Setiausaha Negara AS, John Kerry yang kini dalam rangka lawatan ke Republik Korea (RoK), mengulangi pendiriannya bahawa Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) yang memiliki senjata nuklear tidak boleh diterima. Beliau menuntut negara itu menunjukkan keikhlasan untuk mewujudkan keadaan bebas nuklear dengan tindakan sewajarnya.

Kerry berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Menteri Luar RoK, Yun Byung-se semalam.

Sebelum itu, Kerry telah mengadakan pertemuan dengan Presiden RoK, Park Geun-hye di Cheong Wa Dae. Park berkata, Kerry membuat lawatan ke RoK pada tempoh yang penting. Beliau juga mengalu-alukan lawatan Presiden Barack Obama ke RoK pada bulan April depan.

Menurut Agensi Berita Yonhap, kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat mengenai isu DPRK serta situasi semasa di rantau Asia Timur Laut. Kerry berkata, AS akan terus mempererat kerjasama dengan RoK, sekali gus memperkukuh hubungan bilateral kedua-dua negara.

Dimaklumkan, selepas RoK, Kerry akan membuat lawatan ke China, Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Namun, lawatan beliau kali ini tidak melibatkan Jepun, yang turut menjadi perhatian pelbagai pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China