Komander Tentera Laut Iran, Habibollah Sayyari semalam berkata, perairan antarabangsa terbuka kepada semua negara di dunia. Oleh itu, Iran akan memperkasakan armada tentera laut di perairan antarabangsa.
Sebelum ini, satu armada kapal perang dilaporkan buat pertama kalinya belayar ke Lautan Atlantik dan sedang mendekati sempadan laut AS. Namun, maklumat ini belum disahkan.