Cari:
Ansar Beit al-Maqdis Akui Lakukan Serangan Bom di Taba
2014-02-18 11:54:30 CRI Cetak

Pegawai Kementerian Keselamatan Mesir menyatakan semalam bahawa serangan bom terhadap sebuah bas persiaran yang berlaku di Taba Mesir adalah serangan berani mati. Sebuah pertubuhan pelampau yang dikenali sebagai Ansar Beit al-Maqdis mengatakan bertanggungjawab terhadap serangan itu melalui internet semalam.

Pertubuhan pelampau itu dalam kenyataan semalam mengeluarkan amaran kepada pelancong asing supaya meninggalkan Mesir. Mereka mengancam akan terus menyasarkan industri pelancongan dan mengebom paip gas asli Mesir.

Sebuah bas persiaran diserang menggunakan bom di sempadan Taba, Semenanjung Sinai kelmarin, mengakibatkan tiga warga Republik Korea dan seorang pemandu warga Mesir mati, manakala sekurang-kurangnya 16 lagi cedera.

Ansar Beit al-Maqdis adalah pertubuhan pelampau yang lebih aktif di Semenanjung Sinai Mesir. Mereka menjalinkan perhubungan dengan kumpulan Al-Qaeda dan pernah menyatakan melakukan beberapa serangan di Mesir.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China