Walaupun Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak lagi menjadi indeks utama yang menilai kerja kerajaan, kadar pertumbuhan ekonomi China tetap menarik perhatian pelbagai pihak. Perdana Menteri, Li Keqiang dijangka akan mengumumkan sasaran pertumbuhan ekonomi 2014 dalam laporan kerja kerajaan yang dibentangkan dalam Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) pada 5 Mac nanti.
Menurut unjuran Situasi dan Prospek Ekonomi Dunia 2014 yang dikeluarkan oleh PBB, kadar pertumbuhan ekonomi China akan mencatat kira-kira 7.5% pada tahun ini. Menurut penyunting laporan tersebut, Hong Pingfan, sama ada China dapat mencapai sasaran tersebut atau tidak banyak bergantung kepada pembaharuan ekonomi dalam negeri, serta kesan berikutan penarikan balik dasar peringanan kuantitatif (QE) AS. Menjamin pertumbuhan ekonomi yang agak pesat di entiti ekonomi kedua terbesar di dunia amat penting bagi seluruh dunia. Terdapat tokoh-tokoh yang khuatir bahawa pertumbuhan ekonomi China akan semakin perlahanan. Namun melihat sikap pemimpin China, negara ini pasti mampu mengekalkan pertumbuhan ekonominya.
Presiden Xi Jinping ketika membahas laporan kerja kerajaan pada 24 Februari lalu menyatakan, China tetap mempunyai peluang pembangunan yang amat baik. Menggalakkan pengindustrian dan urbanisasi akan meletakkan asas yang baik bagi pertumbuhan ekonomi yang pesat di China.
Menurut penganalisis, kadar penambahan pelaburan di China akan menurun pada tahun 2014, tetapi kadar peningkatan penggunaan dan eksport akan meningkat.
2014 merupakan tahun pertama bagi China untuk melaksanakan pembaharuan secara menyeluruh dan mendalam. 21 provinsi telah menurunkan sasaran kadar pertumbuhan KDNK bagi menumpukan lebih banyak perhatian untuk membaharui kaedah pertumbuhan.
Seiring dengan pelaksanaan pelbagai langkah pembaharuan, iklim pengeluaran dan pengelolaan syarikat-syarikat China dijangka semakin baik, pasaran dijangka semakin berdinamik. Tetapi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tetap menghadapi masalah pembiayaan.
Menurut pelan pembaharuan baharu yang diumumkan pada bulan November yang lalu, China berusaha untuk mewujudkan cara pertumbuhan ekonomi yang lebih seimbang dan lestari. Penggunaan dan perkhidmatan akan diberi kedudukan yang lebih penting dalam ekonomi China.