Cari:
Transformasi Fungsi Kerajaan Rangsang Kedinamikan Pasaran
2014-03-04 15:58:45 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sidang Tahunan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) telah dirasmikan semalam dan Sidang Tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) akan dirasmikan esok. Bertepatan dengan ini, tempoh pentadbiran kerajaan pusat China penggal ini telah genap setahun. Dalam tempoh setahun yang lalu, usaha membaharui dan mengubah suai fungsi jabatan kerajaan serta meringkaskan prosedur pengesahan dan kelulusan dalam proses pentadbiran telah diberi keutamaan.

Pada 17 Mac 2013, Perdana Menteri yang baharu, Li Keqiang memberitahu wartawan bahawa mentransformasi fungsi pelbagai jabatan kerajaan merupakan keutamaan kerja pembaharuan kali ini. Sejak itu, kerajaan telah membatalkan atau meringkaskan prosedur kelulusan dalam 133 perkara, yang kebanyakannya tertumpu dalam bidang ekonomi.

Profesor Song Shiming dari Akademi Pentadbiran Negara berkata, langkah tersebut akan secara langsung dan tidak langsung merangsang kedinamikan pasaran terutamanya kedinamikan modal swasta.

Profesor Zhou Lin dari Universiti Jiao Tong Shanghai berpendapat bahawa usaha kerajaan dalam tempoh setahun yang lalu membawa pengaruh yang mendalam kepada pembangunan ekonomi China. Langkah-langkah berkenaan dianggap membantu mencungkil potensi pasaran domestik sekali gus meningkatkan daya saing ekonomi negara ini.

Pada masa depan, pengubahsuaian fungsi kerajaan tetap menjadi kerja utama bagi kerajaan pusat China. Perdana Menteri Li Keqiang menegaskan dalam Sidang Kerja Dewan Negara yang diadakan pada 11 Februari lalu bahawa kerajaan akan terus membatalkan dan meringkaskan prosedur kelulusan pentadbiran kepada pasaran supaya perusahaan menjadi lebih dinamik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China