Sempena Persidangan Tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Stesen Televisyen Pusat China (CCTV) menubuhkan pavilion merah di enam bandar, iaitu Beijing, Shanghai, Guangzhou, Chongqing, Zhengzhou dan Shenyang. Pavilion yang diberikan nama "pavilion meluahkan perasaan" itu membolehkan khalayak ramai bersuara secara bebas berhubung perkara yang menjadi perhatian mereka dan seterusnya mengemukakan cadangan kepada NPC dan CPPCC.
Pavilion di Shenyang amat popular dalam kalangan masyarakat. Ia memberi peluang kepada penduduk setempat terlibat dalam persidangan supaya NPC dan CPPCC dekat dengan rakyat.