Persidangan Kedua Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) Ke-12 mengadakan sidang media di Beijing pada petang 5 Mac. Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Xu Shaoshi dijemput menjawab pertanyaan wartawan mengenai topik pembangunan sosioekonomi dan kawalan makro.
Beliau menjelaskan sasaran pembangunan sosioekonomi China pada tahun ini ialah: kadar kenaikan harga barangan tidak boleh melebihi 3.5%, kadar pertumbuhan ekonomi mencapai 7.5% ke atas, dan lebih 10 juta peluang pekerjaan disediakan di kawasan bandar dan pekan.