Cari:
Tokoh-tokoh Asia Tenggara Puji Laporan Kerja Kerajaan China
2014-03-06 12:17:10 CRI Cetak

Laporan kerja kerajaan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam Persidangan ke-2 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-12 yang dirasmikan semalam, menjadi tumpuan perhatian masyarakat antarabangsa, khususnya negara-negara Asia Tenggara. Sarjana dan media berpendapat, kerajaan baharu China memulakan kerjanya dengan baik dalam tempoh setahun yang lalu. Pembaharuan dan pembangunan yang diteraju mencapai hasil yang cemerlang, namun jalan untuk mempergiat pembaharuan secara menyeluruh di China tidak mungkin semuanya lancar dan berjaya. China perlu gigih berusaha untuk mewujudkan matlamat yang ditetapkan dalam laporan kerja. Ekonomi China dipercayai mampu berkembang dengan stabil.

Pengerusi Majlis Hal Ehwal Dunia Indonesia, Ibrahim Yusuf menyatakan, pembangunan sosioekonomi China pada tahun lalu mencapai kemajuan yang menakjubkan. Melalui tindakan yang berkesan, China berjaya mengurangkan risiko hutang lapuk di dalam bank. Kerajaan baharu China memang menunjukkan kemampuannya dalam menangani isu ekonomi.

Ketua Setiausaha Persatuan Persahabatan China-Laos mengakui bahawa pembangunan dunia tidak dapat diwujudkan tanpa China, begitu juga sebaliknya. Kerajaan baharu China yang tetap komited dalam perjuangan membanteras rasuah demi membina kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat, mencerminkan cara pentadbiran yang demokratik dan saintifik.

Akhbar The Straits Times Singapura pula menyatakan, salah satu isi kandungan yang penting dalam laporan kerja PM Li tersebut ialah bagaimana melaksanakan 60 tugas pembaharuan yang ditetapkan dalam Sidang Pleno ke-3 Jawatankuasa Pusat ke-18 Parti Komunis China (PKC).

Menurut Pengarah Institut Penyelidikan Asia, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS), memandangkan China sedang mengubah suai struktur ekonomi sehingga menyebabkan kadar pertumbuhannya kurang pesat, ditambah pula dengan kemerosotan ekonomi global, negara ini mengalami tekanan besar. Sekiranya China dapat berjaya mengalih tumpuan pasarannya daripada pengeksportan kepada permintaan domestik, ini pasti akan memberi sumbangan yang lebih besar kepada dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China