Cari:
NDRC: Prospek Ekonomi China Cerah
2014-03-07 15:16:31 CRI Cetak

Sidang akhbar pertama bagi Sidang Tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China(NPC)diadakan kelmarin. Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC), Xu Shaoshi menyatakan bahawa ekonomi China pada tahun ini menampakkan permulaan yang baik dan masa depannya cerah. China mempunyai kemampuan dan keyakinan untuk mewujudkan sasaran peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.5% pada tahun ini.

Pada tahun lalu, KDNK China meningkat 7.7%, indeks harga pengguna (IHP) meningkat 2.6% , jumlah pemerolehan pekerjaan baharu meningkat 13.1 juta, pendapatan boleh guna per kapita meningkat 8.1%, manakala peningkatan ekonomi China menyumbang hampir 30% dalam peningkatan ekonomi dunia. Menurut Xu Shaoshi, hasil ini adalah lebih baik daripada yang dijangkakan. Antaranya, terdapat dua pencapaian yang pertama kali berlaku dalam pembangunan ekonomi China. Menurut beliau, "Jumlah import dan eksport komoditi China mencatat RMB 25.8 trilion, yang membantu China menjadi negara pedagang komoditi terbesar di dunia untuk pertama kalinya. Satu lagi perkara yang berlaku untuk kali pertama ialah nisbah perindustrian ketiga dalam KDNK mendahului perindustrian kedua dan mencatat 46.1%. Ini menandakan bahawa China telah mencapai kejayaan dalam pengubahsuaian struktur ekonominya."

Dalam pada itu, Xu Shaoshi menyangkal kenyataan yang mendakwa ekonomi China akan merosot. Menurutnya, asas ekonomi China tidak berubah. China tetap berkemampuan dan berkeyakinan untuk mewujudkan sasaran peningkatan ekonomi pada tahun ini. Katanya, "Pertama sekali, China akan mempergiat pembaharuan secara menyeluruh, serta menggalakkan kedinamikan perusahaan dan pasaran utama. Kedua, kami akan terus menggalakkan pengindustrian, penggunaan teknologi maklumat, urbanisasi dan pemodenan pertanian. Ini akan melonjakkan permintaan pasaran. Ketiga, dengan mengutamakan inovasi, kami akan dapat memperhebat potensi pembangunan. Dan keempat, pengalaman kami dalam kawalan makro pasti akan menyediakan suasana yang baik bagi mewujudkan pertumbuhan ekonomi."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China