Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Ahmad Jauhari Yahya dalam sidang media yang diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014
MAS dalam kenyataan berkata, pesawat MH370, yang menggunakan pesawat B777-200, berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi tadi dan dijadualkan mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
pesawat B777-200
Pesawat itu membawa 227 orang penumpang termasuk 154 orang penumpang China, dan 12 anak kapal.
Wartawan dimaklumkan dari Biro Kawalan Udara Jabatan Penerbangan Awam China bahawa pesawat MAS itu hilang hubungan dengan bumi di zon kawalan Ho Chi Minh di samping hilang isyarat radar. Pesawat itu belum berhubung dengan jabatan kawalan China.
Di samping itu, kedutaan besar China di Malaysia dan Vietnam telah menggerakkan mekanisme tindak balas kecemasan, menghubungi jabatan-jabatan terlibat untuk mengetahui perkembangan terkini berhubung keadaan itu.