Menteri Luar China, Wang Yi dalam sidang media persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) pagi tadi menyatakan China akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak APEC dan sidang kemuncak Forum Persidangan mengenai Interaksi dan Langkah Membina Keyakinan di Asia (CICA) pada tahun ini. China akan berusaha bersama-sama dengan pelbagai pihak menyuntik kedinamikan ke dalam kedua-dua mekanisme tersebut.
Menurutnya, dalam sidang kemuncak CICA yang bakal diadakan di Shanghai pada bulan Mei nanti, China akan menganjurkan pembinaan keselamatan bersama, kerjasama dan komposit, supaya menubuhkan Asia baharu yang aman, stabil dan kerjasama.
Ketika menyebut sidang kemuncak APEC yang bakal diadakan pada November, Wang Yi berkata, China berharap mencapai kejayaan dalam menggalakkan integrasi ekonomi Asia Pasifik, menetapkan pelan induk kesalinghubungan, dan mendorong inovasi pembangunan ekonomi, khususnya mencapai kemajuan dalam menggerakkan proses kawasan perdagangan bebas Asia Pasifik.