Cari:
Operasi Mencari dan Menyelamat Diteruskan
2014-03-09 13:07:55 CRI Cetak
oleh Noriani Mohd Idris dari RTM

Operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing kini masuk hari kedua. Operasi diteruskan sepanjang malam semalam.

Menurut Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, tumpuan utama operasi untuk mencari pesawat tersebut. Operasi diperluaskan dalam dan luar kawasan dengan kerjasama negara anggota ASEAN dan juga China serta Amerika Syarikat.

Dalam siding media di KLIA, Datuk Seri Hishamuddin berkata kemungkinan pesawat tersebut berpatah balik dan operasi juga tertumpu ke kawasan lingkungan lokasi berkenaan.

Beliau turut mengesahkan bahawa tompokan minyak yang dilaporkan sebelum ini memang berlaku namun tiada kesan rangka ditemui. Pesawat Vietnam kini berada di kawasan berkenaan untuk mengenalpasti kesahihan laporan tersebut. MAS berkata pesawat itu terbang pada ketinggian 35 ribu kaki.

Ketika insiden, pesawat itiu tidak memberi sebarang isyarat kecemasan dan tiada laporan cuaca buruk pada ketika itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China