Cari:
China Yakin Perdagangan Luar Capai Sasaran Pertumbuhan 7.5%
2014-03-10 14:23:43 CRI Cetak

China berkeyakinan penuh untuk mencapai sasaran pertumbuhan sebanyak 7.5% dalam sektor perdagangan luar pada tahun ini. Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng menyatakan demikian dalam sidang media di Beijing baru-baru ini.

Pada tahun 2013, jumlah import dan export komoditi China mencatat USD 4.16 trilion, dan mendahului AS sebagai negara perdagangan komoditi terbesar di dunia. China juga merupakan satu-satunya negara membangun yang disenaraikan antara negara perdagangan besar di seluruh dunia dalam tempoh lebih seratus tahun yang lalu. Menyentuh mengenai keadaan perdagangan luar pada tahun ini, Gao menyatakan bahawa China berkeyakinan penuh untuk mencapai sasaran pertumbuhan sebanyak 7.5% dalam sektor tersebut.

(rakaman 1 keluar)

"Ekonomi antarabangsa mengekalkan momentum pemulihan pada tahun 2014, yang berfaedah bagi eksport China. Hal ini dapat dilihat dari dua aspek. Pertama, pengubahsuaian perusahaan perdagangan luar China sejak berlakunya krisis kewangan antarabangsa. Kedua, inovasi sistem dan mekanisme berkenaan akan meningkatkan daya saing perusahaan."

Gao menegaskan, China sudah menjadi rakan dagang terbesar bagi lebih 120 buah negara. Namun, China bukan gergasi perdagangan. China masih perlu menyelesaikan masalah-masalah seperti nilai tambahan produk eksport yang rendah, kekurangan jenama sendiri, serta rangkaian dan cara pemasaran global yang mundur.

Gao menyatakan, seiring dengan skop perdagangan luar diperluas secara berterusan, pergeseran perdagangan juga bertambah. Contohnya, pada tahun 2013 China dan Kesatuan Eropah menyelesaikan perselisihan perdagangan produk Fotovolta (PV) yang bernilai lebih USD 20 bilion. Penyelesaian tersebut dicapai melalui rundingan yang mewujudkan keadaan saling menguntungkan bagi kedua-dua pihak. Seiring dengan China menjadi negara perdagangan komoditi terbesar di dunia, berlakunya pergeseran perdagangan

merupakan perkara yang amat biasa. Pertikaian berkenaan patut ditangani melalui dialog demi situasi menang-menang.

Di samping China menjadi negara perdagangan komoditi terbesar di dunia, suasana pelaburan di negara ini juga menjadi perhatian usahawan asing. Gao menyatakan, kelebihan China dalam penggunaan modal asing tidak pernah berubah, cuma hala tuju, struktur dan bidangnya telah diubah suai. Seterusnya, Kementerian Perdagangan China akan melaksanakan siri tindakan dalam sektor perkhidmatan serta pembangunan kawasan perdagangan bebas dan zon kerjasama ekonomi rentas sempadan untuk memperbaiki suasana pelaburan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China