Cari:
AWACS NATO Mula Rondaan di Poland
2014-03-12 15:08:34 CRI Cetak

Pesawat Sistem Kawalan dan Amaran Udara (AWACS) yang bertolak dari pangkalan tentera udara Britain dan Jerman memulakan rondaan di ruang udara Poland semalam. Dimaklumkan, tujuan rondaan itu untuk memantau situasi di Ukraine, dan membantu NATO mengetahui perkembangan di negara berkenaan.

Penganalisis berpendapat, tindakan NATO itu bertujuan untuk menyiasat kekuatan dan tindakan tentera udara Rusia, agar dapat memberi respons segera tepat pada masa situasi semakin buruk. Memandangkan situasi semasa di Ukraine, NATO sudah meningkatkan kekuatan ketenteraan di negara-negara anggotanya yang berjiran dengan Ukraine untuk melindungi keselamatan negara-negara tersebut, sekali gus berfungsi menyekat Rusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China