Cari:
Antirasuah Antara Fokus Persidangan Tahunan NPC dan CPPCC
2014-03-12 15:39:03 CRI Cetak

Satu hasil tinjauan pendapat umum yang dilakukan menerusi internet mendapati bahawa isu antirasuah menjadi antara tumpuan masyarakat awam semasa berlangsungnya persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) selama enam tahun berturut-turut. Seiring dengan siri pendekatan hebat yang diambil oleh Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dalam membanteras kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, amalan sesetengah pegawai seperti menerima hadiah, baucer hadiah dan makanan daripada pihak lain berjaya dikurangkan.

Anggota Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, Feng Chuanjian berkata: "Usaha membanteras rasuah telah mencapai hasil yang amat ketara, dan perlu dilaksanakan sehingga ke akar umbinya. Hanya dengan kerajaan yang bersih dapat parti pemerintah melakukan lebih banyak usaha yang bermanfaat kepada rakyat, dan dipandang tinggi oleh rakyat."

Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam laporan kerja kerajaan turut menyatakan komitmen untuk terus mengurangkan perbelanjaan awam (pembelian dan penggunaan kenderaan kerajaan, lawatan ke luar negara serta majlis jamuan rasmi) di samping mengadakan pembaharuan terhadap sistem penggunaan kereta kerajaan. Beliau menuntut supaya kerajaan pelbagai peringkat mendedahkan maklumat mengenai belanjawan kerajaan kepada masyarakat awam supaya dapat dipantau oleh rakyat.

Kerajaan China dijangka akan memperhebat lagi usaha antirasuah pada tahun ini. Serentak dengan itu, sistem undang-undang yang lebih sempurna hendaklah dibentuk. Wakil NPC dari sektor guaman, Wu Qing mengemukakan usul supaya

penggubalan Undang-undang Antirasuah dipercepat. Kata beliau, "Tiada undang-undang yang bersepadu mengenai usaha antirasuah pada masa ini. Masyarakat awam juga khuatir bahawa usaha antirasuah tidak dapat diteruskan untuk jangka panjang. Oleh itu, sistem undang-undang yang sempurna dan mantap berkaitan usaha tersebut perlu dibentuk. "

Menurut sumber yang berkenaan, NPC telah memulakan kajian terhadap penggubalan Undang-undang Antirasuah pada tahun ini. Di samping itu, kerajaan juga akan meningkatkan ketelusan dalam prosedur pelantikan dan pelucutan jawatan pegawai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China