Persidangan ke-2 Jawatankuasa Kebangsaan ke-12 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) yang berakhir pagi tadi menyeru badan pelbagai peringkat CPPCC serta para anggotanya bekerjasama rapat dengan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang dipimpin oleh Presiden Xi Jinping, untuk membangunkan masyarakat maju dan merealisasikan impian China.
Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, Yu Zhengsheng mempengerusikan upacara penutupan persidangan ini, yang turut dihadiri Xi Jinping, Li Keqiang, Zhang Dejiang, Liu Yunshan, Wang Qishan dan Zhang Gaoli.