Cari:
Persidangan Tahunan NPC Berakhir
2014-03-13 15:09:15 CRI Cetak

Persidangan ke-2 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-12 yang berlangsung selama lapan setengah hari berakhir di Dewan Besar Rakyat di Beijing pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC, Zhang Dejiang ketika berucap menutup persidangan tersebut menyatakan komitmen untuk memperincikan pembaharuan dan meningkatkan kedaulatan undang-undang bagi menjamin hak dan kepentingan rakyat serta keadilan sosial.

Upacara penutupan berkenaan turut dihadiri pemimpin negara termasuk Xi Jinping, Li Keqiang, Yu Zhengsheng, Liu Yunshan, Wang Qishan dan Zhang Gaoli.

Dalam tempoh persidangan ini, hampir tiga ribu orang wakil menjalankan tanggungjawab mereka berdasarkan perlembagaan dan undang-undang. Mereka membahaskan laporan kerja kerajaan dan laporan-laporan lain, merumuskan kejayaan dan pengalaman China dalam pelbagai aspek pada tahun lepas serta merancang tugas dan kerja pada tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China