Cari:
Masyarakat Antarabangsa Puji Persidangan Tahunan NPC, CPPCC
2014-03-14 16:49:43 CRI Cetak

Persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) yang masing-masing berakhir kelmarin dan semalam, mendapat pujian masyarakat antarabangsa. Beberapa pakar dan sarjana asing menyatakan bahawa persidangan tahunan tersebut amat berjaya, dan yakin China akan mengambil peluang ini untuk terus mendorong pembaharuan dan pembangunan.

Pengarah Institut China Akhbar JoongAng Ilbo Republik Korea, Woody Han berpendapat, dalam sidang akhbar selepas persidangan tahunan NPC berakhir, Perdana Menteri Li Keqiang telah memberi jawapan yang jelas tentang sama ada China mampu mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yang diperlukan dan mendorong pembaharuan ekonomi secara menyeluruh. Beliau yakin pelbagai negara di dunia mendapat faedah daripada pembangunan damai China.

Naib Presiden akhbar Asian Journal Thailand, Mr. A Feng menyatakan, persidangan tahunan NPC dan CPPCC kali ini amat berjaya. Langkah kerajaan China menetapkan sasaran pertumbuhan ekonomi 2014 pada kadar kira-kira 7.5% mencerminkan kerajaan sekarang lebih mengutamakan kualiti dan kecekapan pertumbuhan ekonomi. Selain itu, para wakil giat menyertai perbincangan dan pentadbiran hal-ehwal negara, yang mencerminkan kelebihan sistem politik China yang menyepadukan demokratik dan pemusatan.

Timbalan Pengarah Institut Timur Jauh Akademi Sains Rusia, Andrey Ostrovsky menyatakan, laporan kerja kerajaan China tahun ini mencerminkan keprihatinan tinggi

kerajaan China terhadap pendapat dan kesejahteraan rakyat, selain keberkesanan sistem Kongres Rakyat dalam usaha melindungi kepentingan rakyat.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China