Cari:
Presiden IMF : China Menjadi Peneraju Utama Ekonomi Global
2014-03-23 16:20:02 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Christine Lagarde menyatakan bahawa dalam tempoh lima tahun yang lalu, China telah menjadi peneraju pertumbuhan ekonomi sejagat. Seiring dengan peningkatan kedudukan dalam bidang ekonomi di dunia, China perlu lebih bertanggungjawab di arena antarabangsa.

Demikian dinyatakan oleh beliau dalam sidang tahunan "Forum Peringkat Tinggi Pembangunan China 2014" yang dirasmikan di Beijing hari ini.

Christine Lagarde menyatakan, China sedang dalam usaha untuk menjadi kuasa besar dalam bidang ekonomi dunia, mewujudkan urbanisasi yang melibatkan populasi yang besar dan membasmi kemiskinan. Seiring dengan peningkatan kedudukannya di dunia, tanggungjawab yang dipikul China juga semakin besar. Beliau komited pembaharuan IMF akan memberi faedah kepada ekonomi China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China