Pesawat MH370 dipercayai terhempas di perairan selatan Lautan Hindi. Keputusan itu berasaskan analisis terhadap data satelit dengan cara baru. Demikian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur semalam.
Naib Menteri Luar China, Xie Hangsheng memanggil Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin semalam dan mendesak Malaysia segera menyerahkan maklumat dan bukti konkrit berkaitan keputusan tersebut.
Badan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengumumkan hari ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan untuk sementara disebabkan cuaca, dan akan disambung esok.
Menurut Lembaga Siasatan dan Analisis Keselamatan Penerbangan Awam Perancis (BEA) semalam, perairan untuk operasi SAR sekarang ini terlalu luas, maka operasi SAR di bawah air tidak mungkin dilaksanakan.
Jurucakap Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, John Kirby berkata semalam, keputusan Malaysia itu tidak akan mempengaruhi rancangan SAR.
Menurut pihak tentera udara Indonesia semalam, pihaknya tidak akan melibatkan diri dalam SAR di selatan Lautan Hindi.