Cari:
Utusan Khas Kerajaan China akan Berangkat ke Malaysia
2014-03-25 18:57:32 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping hari ini mengarahkan kerajaan China supaya menghantar utusan khas ke Malaysia untuk berunding mengenai pesawat MH370.

Di samping itu, Presiden Xi juga menuntut badan-badan yang berkenaan China meneruskan kerja pencarian.

Utusan khas kerajaan China, yang juga Naib Menteri Luar, Zhang Yesui akan berangkat ke Malaysia dengan seawal mungkin.

Perdana Menteri China Li Keqiang pagi ini mendengar laporan perkembangan terkini operasi mencari di mesyuarat Dewan Negara. Beliau mengarah pihak berkenaan bekerjasama dengan pihak Malaysia untuk menjalankan operasi mencari dan menyediakan perkhidmatan yang diperlukan kepada keluarga penumpang. Semua kekuatan China yang sedang melaksanakan operasi mencari diminta terus berusaha sedaya-upaya dan jangan putus asa.

Beliau menegaskan, kerajaan China akan memelihara kepentingan warga negara China dengan sepenuhnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China