Cari:
Presiden China Lawat UNESCO
2014-03-28 15:43:53 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping melawat ibu pejabat Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), di Paris semalam. Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova.

Xi berkata, China akan meningkatkan sokongan kepada pertubuhan itu, terutamanya bantuan kepada usaha perkembangan berterusan di negara-negara Afrika dan projek perlindungan kebudayaan. Beliau memaklumkan, bilangan biasiswa "Great Wall" yang ditawarkan kepada pelajar dari negara-negara kurang maju akan ditambah kepada 75 orang berbanding 25 sebelum ini.

Bokova merakamkan terima kasih atas sokongan China terhadap UNESCO dan berharap lawatan Xi ini dapat merapatkan kerjasama kedua-dua pihak untuk mencapai hasil yang lebih banyak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China