Cari:
PM China dan Australia Mahu Operasi Mencari Ditingkatkan
2014-04-02 17:25:54 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang berhubung dengan rakan sejawatnya dari Australia, Tony Abbott pagi tadi.

Abbott menyampaikan rasa dukacita kepada keluarga penumpang China dalam pesawat MH370, sebelum memaklumkan perkembangan terkini operasi mencari baru-baru ini.

Li pula merakamkan terima kasih kepada Abbott dan memuji usaha Australia yang menerajui dan menyelaras operasi mencari berkenaan.

Li menambah, operasi mencari kini menghadapi banyak kesukaran. Kita tidak boleh berputus asa dan meningkatkan operasi mencari itu sehingga pesawat berkenaan ditemui.

Selain itu, kedua-dua perdana menteri juga membincangkan perkara yang menjadi tumpuan bersama.

Tony Abbott akan menghadiri Sidang Tahunan Forum Asia Boao di provinsi Hainan China minggu depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China