China berharap para peserta sidang tahunan Forum Asia Boao dapat mencapai konsensus mengenai tema tahun ini, memelihara kestabilan dan trend peningkatan ekonomi Asia dan entiti ekonomi baru muncul.
Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei di Beijing semalam. Menurut beliau, sidang tahunan kali ini bertemakan "masa depan baharu Asia, mencari dan merangsang daya pembangunan baharu". Topik utama termasuk pembaharuan, inovasi dan pembangunan lestari. Selain itu, topik tentang situasi kewangan ekonomi antarabangsa, kerjasama kewangan Asia, kesalinghubungan infrastruktur, pembinaan sistem perdagangan bebas serantau dan pelbagai hala akan turut dibincangkan sempena sidang tahunan ini.