Kapal-kapal China yang melaksanakan operasi mencari pesawat MH370 menggunakan kemudahan profesional yang dibawa untuk meningkatkan pencarian terhadap sasaran di bawah permukaan laut. Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang akhbar semalam.
Menurut beliau, kini terdapat 7 buah kapal China sedang melaksanakan operasi mencari di kawasan perairan Australia. Sebuah pesawat Il-76 juga melaksanakan pencarian di kawasan perairan yang sama. Setakat ini, China telah menghantar 18 buah kapal, 8 buah helikopter dan 3 buah pesawat untuk melaksanakan operasi mencari di kawasan seluas lebih 200 ribu kilometer persegi. Pada masa yang sama, lebih 60 buah kapal kargo dan 20 buah kapal nelayan China juga turut membantu menari di kawasan seluas 160 ribu kilometer persegi.