Sidang Tahunan Forum Asia Boao 2014 akan diadakan pada 8 hingga 11 April ini.
Jabatan Maritim Hainan menghantar kapal peronda Haixun-21 yang membawa lebih 30 pegawai tiba di kawasan perairan Boao untuk melaksanakan misi mengawal pengangkutan laut. Ini menandakan misi jaminan keselamatan darat dan laut forum berkenaan siap.
Difahamkan, Jabatan Maritim Hainan akan menghantar enam buah kapal menyertai usaha menjamin keselamatan dalam tempoh persidangan ini. Selain itu, setakat 2 April, kira-kira dua ribu polis bersenjata telah ditempatkan di lokasi persidangan itu.