Cari:
AS Perlu Berhati-hati dalam Hal-Ehwal HK
2014-04-07 17:23:06 CRI Cetak
China menyuarakan bantahan terhadap pertemuan Naib Presiden AS, Joe Biden dengan dua tokoh pembangkang Hong Kong di White House baru-baru ini.

Jurucakap Pejabat Pesuruhjaya Kementerian Luar China di Hong Kong berkata, hal-ehwal Hong Kong merupakan urusan domestik China. China dengan tegas menentang campur tangan mana-mana negara dalam hal-ehwal domestik China dalam apa jua bentuk.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pertemuan Biden dengan dua aktivis Hong Kong Jumaat lalu.

Katanya, dalam tempoh 17 tahun yang lalu sejak Hong Kong dikembalikan kepada China, wilayah ini berjaya melaksanakan dasar "satu negara, dua sistem", yang menyumbang kepada pembangunan pesat sosioekonomi dan demokrasi Hong Kong. Berikutan itu, penduduk Hong Kong dapat menikmati hak domokrasi dan kebebasan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Hal ini turut dipuji oleh masyarakat antarabangsa.

Tegas beliau, kini Hong Kong berada dalam tempoh pembaharuan politik yang penting. AS perlu berhati-hati dalam hal-ehwal Hong Kong dan jangan membiarkan isu Hong Kong menggugat hubungan China-AS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China