Forum Asia Boao 2014 dirasmikan hari ini. Para peserta akan mengadakan perbincangan mengenai tiga topik utama, iaitu pembaharuan, inovasi dan pembangunan lestari. Perdana Menteri China, Li Keqiang turut menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian.
Perdana Menteri dari Laos, Timor Lester, Australia, Kazakhstan, Republik Korea, Namibia, Pakistan, dan Naib Perdana Menteri dari Vietnam dan Rusia turut menghadiri sidang tahunan forum tersebut.
Forum Asia Boao 2014 bertemakan "Masa Depan Baharu Asia: Mengenal Pasti Penjana Pertumbuhan Baharu". Ketua Setiausaha forum ini, Zhou Wenzhong berkata, Asia dan entiti ekonomi baru muncul akan berada pada tempoh pembaharuan yang penting pada tahun ini. China, India dan Indonesia sedang menggalakkan agenda pembaharuan masing-masing. Dalam tempoh sidang tahunan ini, 60 sesi perbincangan akan diadakan, yang tertumpu kepada tema tersebut.
China akan membentangkan gagasan dan tindakan utama dalam pembangunan ekonomi selain cadangan bagi mendorong integrasi ekonomi Asia, kerjasama serantau serta pelaksanaan inisiatif kerjasama dalam bidang-bidang yang berkaitan.
Menurut Laporan Daya Saing Asia 2014 yang dikeluarkan dalam Forum Asia Boao, daya saing China semakin meningkat ekoran peningkatan berterusan daya inovasi dan kemajuan sosial, serta perusahaan China yang memainkan peranan lebih penting di rantau ini. Sebagai entiti ekonomi terbesar di Asia, kadar pertumbuhan ekonomi China kekal pada 7.7% pada tahun lalu dan hampir tidak terjejas oleh pergolakan kewangan di pasaran baru muncul.
Asia dan entiti ekonomi baru muncul akan memasuki fasa pembaharuan yang penting pada tahun ini. Negara-negara Asia perlu berusaha bersama-sama menggalakkan integrasi ekonomi dan menentukan penjana pertumbuhan baharu melalui pembaharuan struktur.