Menurut pusat media Forum Asia Boao 2014, Meja Bulat Pemimpin Media serta pameran gambar dan video "Temui Pesona Asia" anjuran Radio Antarabangsa China (CRI) hari ini. Ketua Setiausaha forum ini, Zhou Wenzhong, Presiden CRI, Wang Gengnian dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Jawatankuasa Parti Komunis China di Provinsi Hainan, Xu Jun akan turut menghadiri program tersebut.
Menurut jurucakap Meja Bulat Pemimpin Media, Guo Yan, hampir 20 pemimpin media dari lebih 10 negara termasuk Singapura, Republik Korea, India, Australia, Sri Lanka, Laos, Jordan, Myanmar dan Kemboja akan mengadakan perbincangan berkisar pada tema program ini, iaitu Inovasi dan Tanggungjawab Media pada Zaman Digital.