Cari:
Forum Asia Boao 2014: Penjana Baharu Pembaharuan China
2014-04-09 14:12:46 CRI Cetak

Forum Asia Boao 2014 yang bertemakan "Masa Depan Baharu Asia: Mengenal Pasti Penjana Pertumbuhan Baharu" diadakan di Boao, provinsi Hainan, China pada 8 hingga 11 April ini.

Dalam forum yang berlangsung selama empat hari itu, pemimpin-pemimpin politik, perdagangan dan akademik dari seluruh dunia akan mengadakan perbincangan terbuka yang tertumpu kepada isu pembaharuan, inovasi dan pembangunan lestari untuk mencari peluang dan memberikan idea baharu bagi pembaharuan pusingan baharu China, Asia serta dunia.

Bagi China, tahun 2014 pasti satu tahun yang istimewa. Tahun ini dikenali sebagai "tahun pertama" China memperdalam pembaharuan secara menyeluruh. Pembaharuan membawa faedah terbesar bagi pembangunan China pada masa ini. Ia juga merupakan keperluan dalaman transformasi ekonomi China serta kunci untuk membantu China menyelesaikan penstrukturan dengan secepat mungkin.

Dalam konteks globalisasi ekonomi dan pembangunan pesat integrasi serantau, China, sebagai entiti ekonomi kedua terbesar di dunia, sudah menjalin jaringan kepentingan bersepadu dengan negara-negara dan rantau lain di seluruh dunia. Apabila melihat ke seluruh dunia dari Boao, "kesan limpahan" pembaharuan China telah dan akan terus mempengaruhi dunia secara meluas.

Bukan itu sahaja, usaha China memperdalam pembaharuan secara menyeluruh juga akan membantu memastikan kadar pertumbuhan ekonomi negara ini dikekalkan pada julat yang munasabah. Hal ini akan turut meningkatkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap pembangunan entiti ekonomi baru muncul.

Selain itu, pembaharuan pusingan baharu China itu akan turut membawa faedah kepada seluruh dunia melalui sistem perdagangan dan kewangan antarabangsa yang saling berkaitan, sekali gus menyuntik semangat baharu untuk pembangunan dunia.

Sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka mula dilaksanakan pada 36 tahun yang lalu, ekonomi China berkait rapat dengan ekonomi dunia. Dalam pusingan krisis kewangan antarabangsa ini, pertumbuhan ekonomi China yang mapan menjadi enjin utama bagi pemulihan ekonomi dunia.

Walaupun kadar pertumbuhan ekonomi China telah menurun, tetapi kualitinya semakin meningkat. Pertumbuhan ekonomi yang berasaskan peluasan permintaan domestik akan secara berperingkat mengubah China menjadi "pasaran dunia" yang dinamik daripada "kilang dunia".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China