Cari:
Media Bahasa Mandarin Bertugas Memelihara Kebudayaan China
2014-04-09 15:23:06 CRI Cetak

Media bahasa Mandarin dunia patut bekerjasama untuk mempromosi dan mewarisi kebudayaan China. Demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarang "Lianhe Zaobao" Singapura, Goh Sin Teck ketika menghadari Meja Bulat Pemimpin Media Forum Asia Boao anjuran Radio Antarabangsa China hari ini.

Menurut beliau, "Lianhe Zaobao" telah menjadi pangkalan kebudayaan China di Singapura. Bagaimanapun, kebudayaan yang diwarisi oleh orang China di pelbagai tempat di dunia pula berbeza dan mempunyai ciri khas tempatan. Media bahasa Mandarin di pelbagai tempat patut memberi tumpuan kepada sektor ini bagi memperlihatkan kesamaan dan juga kepelbagaian kebudayaan China di pelbagai tempatan kepada dunia.

Selain itu, Goh Sin Teck berpendapat, media bahasa Mandarin di pelbagai tempat lebih memahami keistimewaan kebudayaan tempatan. Ini membolekkan mereka mengadakan kerjasama untuk membawa rombongan kebudayaan tempatan ke tempat lain bagi menggalakkan pertukaran kebudayaan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China