Cari:
Pilihan Raya Umum Indonesia 2014
2014-04-09 13:58:46 CRI Cetak

Pemilihan Umum (Pemilu) Parlimen Indonesia 2014 bermula pada hari ini. Seramai 186 juta pengundi berdaftar di Indonesia akan mengundi di 545,647 buah pusat pengundian di 33 wilayah untuk memilih ahli parlimen pelbagai peringkat. Indonesia yang telah memasuki era "pasca-Susilo" sedang mengalami rombakan politik pusingan baharu. Pembangunan negara itu pada masa depan juga memasuki persimpangan yang baharu.

Pemilu kali ini dianggap sebagai persiapan untuk pilihan raya Presiden Indonesia yang dijadualkan pada 9 Julai ini. Hampir 6,600 orang calon akan bertanding bagi merebut 560 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan 132 kerusi di Majlis Perundingan Rakyat (MPR) Indonesia, yang sekali gus akan memilih kira-kira 16,000 anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) TingkatⅠdan Tingkat Ⅱ (ahli majlis tempatan) di semua 33 wilayah.

Namun, tumpuan utama Pemilu kali ini adalah mampukah Parti Perjuangan Demokratik Indonesia (PDI-P) serta calon Presiden yang dipilih oleh parti itu, Joko Widodo (Jokowi) memenangi Pemilu seperti yang diramalkan oleh umum.

Jokowi yang digelar "Barack Obama Indonesia" merupakan calon yang paling berpotensi untuk memenangi pilihan raya presiden Indonesia tahun ini. Menurut tinjauan pendapat umum terkini, beliau mendapat 45% sokongan pengundi, lebih tinggi berbanding Parti Golkar dan Parti Gerindra. Menurut undang-undang Pemilu Indonesia, sesebuah parti politik atau gabungan parti politik yang meraih 25 peratus undi popular atau memperoleh minimum 20 peratus kerusi DPR layak mengemukakan pasangan calon untuk pemilihan jawatan Presiden dan Naib Presiden. Pada masa yang sama, menurut analisis pemerhati politik, PDI-P dan Jokowi berkemungkinan besar memenangi pilihan raya ini dengan kelebihan undi yang besar.

Bagaimanapun, penganalisis berpendapat, Jokowi yang masih belum membentangkan agenda polisi domestik dan diplomatik boleh dikatakan kurang pengalaman untuk mentadbir negara berbanding mantan Presiden sebelum ini. Jika dipilih sebagai Presiden baharu, beliau akan menghadapi cabaran yang cukup besar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China