Sidang tahunan 2014 Forum Asia Boao berakhir di provinsi Hainan, China semalam.
Ketua Setiausaha forum tersebut, Zhou Wenzhong berkata bahawa sidang tahunan kali ini mencatatkan jumlah hadirin yang paling ramai dalam sejarahnya, iaitu disertai oleh lebih 1,700 orang tokoh politik, perniagaan dan akademik dari 52 buah negara dan wilayah di dunia. Ini termasuk lebih 80 orang pegawai peringkat menteri serta 150 orang eksekutif kanan dari 500 syarikat yang terunggul di dunia.
Sidang tahunan kali ini turut dihadiri oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang dan pemimpin dari lapan buah negara yang lain. Semasa berucap merasmikan sidang tahunan ini, Li telah memperincikan hasrat China untuk memperkasakan kerjasama dengan pelbagai negara demi pembangunan bersama Asia.