Cari:
Republik Korea dan Jepun Akan Merunding Isu Hamba Seks
2014-04-14 15:01:23 CRI Cetak

Menurut Kementerian Luar Republik Korea semalam, Republik Korea dan Jepun akan mengadakan rundingan peringkat ketua jabatan tentang isu hamba seks tentera Jepun pada 16 April nanti.

Kementerian Luar Republik Korea mengumumkan bahawa Ketua Jabatan Asia Timur Laut Kementerian Luar Republik Korea, Lee Sang-deok dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Asia dan Oceania, Kementerian Luar Jepun, Junichi Ihara akan menghadiri rundingan tersebut sebagai ketua perunding kedua-dua pihak. Selain itu, kedua-dua pihak akan terus mengadakan perbincangan pelbagai peringkat dari semasa ke semasa nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China