Cari:
Ban Ki-moon Seru Pelbagai Negara Bertindak Atasi Perubahan Iklim
2014-04-14 15:05:35 CRI Cetak

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengeluarkan kenyataan melalui jurucakapnya semalam yang mengalu-alukan laporan yang dikeluarkan kumpulan kerja ketiga Jawatankuasa Khas Perubahan Iklim Antara Kerajaan PBB (IPCC) mengenai kaedah melambatkan proses perubahan iklim. Beliau turut menyeru pelbagai negara bertindak segera untuk mengatasi perubahan iklim.

Menurut laporan yang dikeluarkan di Berlin, Jerman semalam, pelepasan gas rumah hijau sejagat semakin cepat. Tindakan segera perlu dilakukan untuk mengawal kenaikan suhu udara.

Ban Ki-moon menyeru semua negara mengambil tindakan berani dan cepat untuk mengatasi perubahan iklim supaya sidang kemuncak perubahan iklim yang bakal diadakan pada 23 September mencapai hasil memberangsangkan selain mencapai perjanjian sejagat bersifat undang-undang menjelang tahun 2015.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China