Cari:
Ukraine: Pungutan Suara Pastikan Nasib Negara
2014-04-15 13:35:20 CRI Cetak

Memandangkan situasi yang semakin memburuk di kawasan timur Ukraine, Speaker Parlimen memangku Presiden negara itu, Oleksander Turchynov semalam menyatakan bahawa beliau tidak menentang untuk mengadakan pungutan suara mengenai sistem negara supaya menjamin kawasan timur negara itu kekal dalam Ukraine.

Beliau menghubungi Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon melalui telefon semalam, meminta PBB menghantar pasukan pengaman ke timur negaranya. Ban Ki-moon menegaskan peri pentingnya dialog langsung antara Ukraine dengan Rusia. Namun beliau tidak memberikan komen mengenai penghantaran pasukan pengaman.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov semalam menyatakan, Rusia tidak akan menjejaskan kestabilan Ukraine, kerana keutuhan, penyatuan dan kesamarataan rakyat Ukraine sesuai dengan kepentingan Rusia. Namun sasaran ini hanya dapat diwujudkan melalui pembaharuan terhadap Perlembagaan.

Selain itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin menelefon Presiden AS, Barack Obama, menyeru AS berusaha sedaya upaya bagi mengelakkan tindakan kekerasan di bahagian tenggara Ukraine. Kedua-dua presiden itu menyatakan akan terus berusaha demi penyelesaian melalui saluran diplomatik.

Kesatuan Eropah semalam bersetuju meningkatkan sekatan terhadap Rusia.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berharap krisis Ukraine diselesaikan melalui dialog bagi mengekalkan kestabilan dan pembangunan sosioekonomi di negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China