Presiden China, Xi Jinping semalam mengutuskan kawat takziah kepada rakan sejawatnya dari Nigeria,  Ebele Azikiwe Jonathan berikutan kejadian letupan bom yang mengakibatkan ramai orang terkorban dan cedera.
Situasi keselamatan Nigeria semakin memburuk baru-baru ini. Letupan bom berani mati di Abuja, ibu negara Nigeria kelmarin mengakibatkan lebih 200 orang maut dan cedera.
Sebuah sekolah perempuan turut diserang malam kelmarin, dan lebih 100 orang pelajar diculik. Setakat semalam, 14 orang berjaya menyelamatkan diri.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon semalam mengeluarkan kenyataan melalui jurucakapnya yang mengecam kes penculikan ini dan menggesa agar para pelajar berkenaan dibebaskan segera.