Cari:
Putin Teruja Lawat China
2014-04-18 12:45:37 CRI Cetak

Presiden Rusia, Vladimir Putin teruja dengan lawatan rasmi ke China pada bulan Mei nanti selain menghadiri sidang kemuncak bagi Persidangan Kerjasama dan Langkah Membina Keyakinan di Asia (CICA) di Shanghai.

Beliau berkata demikian kepada media setelah menamatkan rakaman rancangan televisyen "Bual Bicara dengan Putin" semalam. Beliau menyatakan, hubungan Rusia-China kini berada pada tahap yang paling tinggi dalam sejarah, selain hasil kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang ekonomi, perdagangan, teknologi tinggi, keselamatan dan ehwal antarabangsa sangat cemerlang. Langkah meningkatkan pertukaran rakyat, khususnya belia kedua-dua negara amat penting dan kedua-dua pihak telah menetapkan rancangan berkenaan untuk menggalakkan pertukaran tersebut.

Putin berkata, hubungan Rusia-China merupakan faktor penting bagi menjamin kestabilan dunia. Kerjasama dan keyakinan serantau di Asia perlu ditingkatkan khususnya selepas NATO mengundurkan tenteranya dari Afghanistan.

Dalam rancangan televisyen itu semalam, beliau juga menegaskan bahawa Rusia dan China mempunyai pendirian yang sama terhadap isu situasi antarabangsa dan keselamatan global. Hubungan kedua-dua negara akan menjadi unsur penting dalam politik antarabangsa dan membawa pengaruh penting kepada sistem hubungan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China