Cari:
Dua Lagi Satelit China Ditugaskan dalam Kerjasama Antarabangsa Tangani Bencana
2014-04-18 14:35:06 CRI Cetak

Persidangan Ahli dan Setiausaha Eksekutif Piagam Antarabangsa Angkasa Lepas dan Bencana Teruk ke-31 anjuran Jabatan Pentadbiran Pengkajian Angkasa Lepas Negara China diadakan di Beijing semalam.

Persidangan itu memutuskan, dua buah lagi satelit China iaitu Satelit Gaofen I dan Satelit C Fengyu III akan ditugaskan untuk melaksanakan operasi-operasi piagam tersebut. Sebelum ini, hanya sebuah satelit China yang ditugaskan dalam operasi berkenaan.

Piagam Antarabangsa yang mula dilaksanakan pada tahun 1999 itu bertujuan mengintensifkan kerjasama kemanusiaan di peringkat antarabangsa dalam usaha menangani bencana alam yang teruk. Anggota yang memeterai piagam tersebut akan berkongsi maklumat satelit secara percuma bagi mengesan dan mengawal bencana dan usaha penyelamatan serta pembangunan pasca bencana.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China