Cari:
Jepun Tingkatkan Kawalan keselamatan Menjelang Lawatan Obama
2014-04-20 14:23:23 CRI Cetak

Presiden AS, Barack Obama akan melawat Jepun pada 23 April nanti. Kawalan keselamatan di Tokyo dan beberapa tempat lain di negara itu telah ditingkatkan secara menyeluruh pada hujung minggu lalu.

Jabatan Polis Metropolitan Jepun telah menempatkan kira-kira 16 ribu anggota polis untuk kawalan keselamatan dalam tempoh lawatan Obama. Angka ini kira-kira satu pertiga daripada jumlah keseluruhan polis di negara itu.

Obama dijangka akan menghadiri beberapa aktiviti di Tokyo. Oleh itu, lalu lintas di kawasan pusat bandar itu akan dikawal dan pemeriksaan keselamatan yang ketat akan diadakan sepanjang hari. Jabatan Polis Metropolitan Tokyo telah menyeru penduduk tempatan "sebaiknya jangan pergi ke pusat bandar dengan menaiki kenderaan dalam tempoh lawatan Obama".

Media Jepun mengkritik kawalan keselamatan berlebihan di Tokyo telah melampaui permintaan pihak AS dan banyak mengganggu kehidupan orang ramai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China