Usaha penyelamatan feri "Sewol" Republik Korea (RoK) terus dijalankan siang dan malam. Beberapa mayat mangsa nahas ini telah ditemui dan diambil keluar dari feri tersebut. Tiga mayat daripadanya telah dikenalpasti pelajar lelaki sekolah menengah berumur 18 tahun. Masih terdapat 13 jenazah belum dikenalpasti indentitinya.
Menurut laporan media tempatan terkini, sebanyak 49 orang maut, 253 orang lagi masih hilang dalam kemalangan ini.